SERAMAI 31 penduduk dilaporkan cedera dalam kejadian puting beliung yang melanda daerah Sumedang dan Bandung, Jawa Barat pada pukul 4 petang semalam.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/4035
Pegawai Perhubungan Agensi Pengurusan Bencana, Hadi Rahmat memaklumkan, seramai 413 keluarga terlibat dalam kejadian puting beliung di Sumedang dan 12 penduduk dilaporkan cedera.
Sementara di Bandung, seramai 19 penduduk yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Cicalengka bagi menerima rawatan.
“Jumlah sebenar mangsa yang terlibat di dalam bencana ini masih di dalam siasatan.
“Pemeriksaan di kawasan Sumedang mendapati sebanyak 13 bangunan kilang telah terjejas manakala 10 unit rumah telah rosak akibat dibadai puting beliung,” katanya memetik laporan Detik News.
Tambahnya lagi, di Bandung, sebanyak empat buah kilang terjejas dan 87 unit rumah dilaporkan mengalami kerosakan.
Sementara itu, Ketua Stesen Klimatologi Jawa Barat, Rakhmat Prasetia berkata, cuaca yang ekstrem dan suhu permukaan laut di Indonesia menjadi salah satu faktor berlakunya puting beliung.
“Suhu permukaan laut di sekitar Indonesia agak panas dan menyokong penambahan bekalan wap air ke Indonesia termasuk Jawa Barat dan sekitarnya.
“Ini juga seiring dengan kelembapan udara pada lapisan 850 hingga 500 milibar yang agak basah iaitu antara 45 hingga 95 peratus,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

