PENGERUSI Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu untuk bermesyuarat setiap minggu sehingga 20 Mac bagi mencari penyelesaian isu padi dan beras.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL 2024 hari ini.
“Pada mesyuarat tadi, kita tidak ada ketentuan mengenai penyelesaian isu padi dan beras ini, kita perlu membuat kajian yang lebih mendalam,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.
Baca artikel lain: Sertai acara menarik, jualan murah di hari ke-2 Program MADANI Rakyat Zon Tengah
Beliau berkata Perdana Menteri juga meminta bahagian penguatkuasaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pemain industri yang terlibat dalam melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar label beras putih tempatan (BPT) kepada beras putih import (BPI).
Terdahulu, Anwar dalam kenyataan telah meminta KPKM untuk mengetuai dan menyelaras sesi libat urus mengenai isu padi dan beras secara lebih terperinci dan sesegera mungkin.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

