Pas persoal Azlan Johar ‘direhatkan’ sebagai pengulas Piala Dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS mendakwa bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azlan Johar telah direhatkan sebagai pengulas sukan di RTM untuk mengulas tentang temasya Piala Dunia 2026 yang sedang berlangsung ketika ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, parti itu melahirkan rasa dukacita tatkala mendengar berita tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata, Pas mahu tahu sama ada sekiranya benar, adakah tindakan ‘merehatkan’ Azlan itu ada kaitan dengan penyertannya ke dalam Pas pada Sabtu lalu.

“Pas berharap semua pihak yang berkaitan termasuk Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya agar menghormati dan tidak merampas hak asasi seseorang warganegara termasuk hak untuk berpersatuan dan berpolitik seperti dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.

“Pas merasakan penafian hak seperti ini terutama bagi figura yang pernah menjadi pengulas dan penganalisis sukan untuk lebih daripada 10 perlawanan Piala Dunia sepanjang karier penyiarannya amat merugikan negara dan mengecewakan rakyat jelata khususnya peminat sukan tanah air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin menyifatkan Azlan bukan hanya bekas penyerang prolifik pasukan negeri dan kebangsaan, malah memegang lesen kejurulatihan bola sepak tahap tinggi dan Pengerusi Yayasan Lagenda.

Justeru, beliau berkata, Pas sebagai sebuah parti politik yang progresif dan demokratik menggesa kerajaan memastikan perkara seperti itu tidak berlaku dan berterusan.

“Ia selaras dengan slogan yang sebelum ini dilaungkan oleh parti-parti yang menjadi tunjang pemerintah iaitu reformasi hak asasi rakyat dan institusi-institusi dalam negara,” jelasnya.

Terdahulu, Azlan diumumkan menyertai Pas secara rasmi oleh Takiyuddin pada Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Seremban pada malam 13 Jun lalu.

Selain Azlan, turut diumumkan menyertai Pas adalah 13 tokoh termasuk bekas menteri dan bekas EXCO kerajaan negeri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This