Haliza Maysuri sanggup belanja RM3.5 juta untuk majlis perkahwinan anak lelaki, gaun menantu mewah dihiasi hampir 200,000 batuan Swarovski!

Dari Penulis

PENGASAS tudung jenama Bawal Exclusive, Haliza Maysuri tampil mewah menerusi persalinan rekaan Faizuluziaf pada majlis hari bahagia anak lelakinya, Muhammad Zuhairi Syazwan, di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur, malam tadi.

Busana berwarna campuran nude brown, off white, silver dan light aprikot itu didatangkan khas dengan perincian batuan Swarovski sebanyak 72,000 butir dari Austria selain fabrik juga diterbangkan khas dari Eropah.

Malah, rekaan ‘cape dress’ yang menggunakan teknik ‘ruching’ draping itu mengambil masa sekitar tiga bulan untuk disiapkan oleh RI Haute Couture.

Justeru, tidak hairanlah busana yang digayakan usahawan itu berharga RM170,000 demi meraikan majlis anak sulungnya.

Tak hanya bersiap untuk diri sendiri, menantu Haliza iaitu Sarah turut mengayakan rekaan pereka fesyen sama dengan gaun pengantin bertakhtakan 189,936 butir batuan Swarovski dalam tujuh jenis saiz berbeza.

Lima warna permata telah digunakan bagi menyiapkan gaun berkenaan iaitu crystal, crystal AB, aquamarine, light sapphire dan crystal moonlight yang menjadikan keseluruhan baju tersebut berharga RM300,000.

Bagi melengkapkan gaya Raja sehari, Sarah turut bertuah apabila berkesempatan untuk memakai tiara Swarovski yang direka khas oleh Pengarah Kreatif Global, Giovanna Engelbert.

Tiara Swarovski dengan 233 kristal lutsinar itu direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang merupakan acara tari menari terkemuka Austria.

“Tiara yang dipakai Sarah sangat berharga bagi saya. Namun saya bertuah kerana Swarovski hadiahkannya kepada saya untuk dipakaikan kepada menantu. Syukur alhamdulillah,” kata Haliza.

Malah perkata tersebut pernah dikongsikan Haliza menerusi hantaran video di TikTok, baru-baru ini.

Jelas Haliza, secara keseluruhannya, dia berhabis sekitar RM3.5 juta bagi menjadikan majlis perkahwinan anak lelaki sulungnya sebagai hari bersejarah dalam hidup mereka sekeluarga.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Robo.ai lancar platform NeuroStream™: Jawapan kepada kenaikan mendadak kos data visual global

Robo.ai Inc. (Nasdaq: AIIO), menerusi subsidiarinya Neurovia AI, secara rasmi melancarkan NeuroStream™, sebuah platform teknologi teras yang direka khusus...

More Articles Like This