SEORANG warga emas ditahan selepas aksinya memandu melawan arus di Kilometer 13.1 Lebuhraya Linkedua, Johor Bahru, petang semalam tular.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/4118
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya mengesan video tular kejadian pada pukul 9.15 malam tadi.
Beliau berkata, menerusi video dapat dilihat sebuah kereta Myvi dengan nombor pendaftaran JWH 8557 dipandu secara berbahaya dan melawan arus.
“Bertindak atas maklumat, seoang lelaki Cina berusia 74 tahn ditahan di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah pada pukul 10.49 pagi tadi dan dibawa ke balai bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, siasatan mendapati pemandu berasal dari Segamat dan baru pertama kali datang ke Johor Bahru ketika kejadian.
“Suspek mendakwa dalam perjalanan ke rumah rakan di Nusa Bayu dan tidak tahu selok belok jalan di Johor Bahru sebelum masuk ke jalan yang salah sehingga melawan arus,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis di talian 07-5101322.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

