Kelulusan Najib diperlukan sebelum sebarang langkah operasi 1MDB – Jasmine Loo

Dari Penulis

BEKAS peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB kerana beliau memegang tiga jawatan penting di dalam syarikat itu.

Jasmine Loo Ai Swan, 50, berkata adalah menjadi amalan, malah sebelum beliau menyertai syarikat itu kesemua perkara perlu dikemukakan kepada Najib, yang memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat (CBOA) 1MDB sebelum sebarang projek boleh diambil 1MDB.

“Ia merupakan amalan dalam 1MDB untuk setiap perkara dirujuk kepada Najib dahulu. Sebenarnya, ia merupakan keputusan seorang individu yang membuat semua keputusan ini,” kata Loo.

Bagaimanapun, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata terdapat perbezaan antara ketiga-tiga peranan anak guamnya dan Loo sebagai peguam seharusnya tahu bahawa Najib selaku CBOA tidak boleh membuat keputusan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

“Sebaliknya, anda dengan sengaja tidak mengendahkannya sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk memperdayakan 1MDB,” kata Muhammad Shafee.

Baca artikel lain: Jasmine Loo pernah kerja dengan Jho Low, dapat gaji RM45,000 sebulan

Loo tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee dan menegaskan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta CBOA merupakan individu sama dan satu kelulusan daripada beliau merupakan kelulusan daripada ketiga-tiga peranan yang dimainkannya pada ketika itu.

“Ketika menyertai 1MDB, ia sudah menjadi amalan dan kami bergantung kepada penasihat kesetiausahaan syarikat profesional. Jika mereka mempunyai pandangan berbeza mereka akan melakukannya seperti itu,” katanya.

Mengenai soalan lanjut daripada peguam itu, Loo tidak bersetuju dengan testimoni oleh bekas pengurus bank Goldman Sachs Tim Leissner ketika perbicaraan kes 1MDB Roger Ng di mahkamah New York mengenai bagaimana beliau merupakan komponen utama yang menghubungkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho kepada syarikat itu.

Muhammad Shafee: Adakah anda sedar anda dilantik pada asasnya hanya untuk membuat dokumen yang tidak sah di sisi undang-undang menjadi sah?

Loo: Saya tidak sedar.

Muhammad Shafee kemudian membaca petikan daripada testimoni Leissner di mahkamah New York dan menyatakan Loo tidak gembira dengan jumlah wang yang akan diterimanya daripada 1MDB kerana ia tidak mencukupi, dan Loo berkata beliau tidak bersetuju terhadap sebarang kenyataan itu.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Datuk Collin Sequerah bersambung.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This