PENGANJURAN Malaysian Universities National Oil and Gas Paper Contest (MUNOGPC) akan menjadi platform buat pelajar melibatkan diri dalam perbincangan teknikal dengan pakar dalam industri.
Acara ini juga secara tidak langsung akan menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pelajar merentasi pelbagai disiplin yang berkaitan dengan Subsurface and Wells.
MUNOGPC 2024 adalah kali kedua dianjurkan melibatkan Malaysian Oil, Gas and Energy Services Council (MOGSC).
Program ini turut disokong UTP Society of Petroleum Engineers (SPE) Student Chapter; IChemE UTP Student Chapter; UTM (Universiti Teknologi Malaysia) Society of Petroleum Engineers (SPE) Student Chapter dan IChemE Student Chapter sebagai tuan rumah bersama.
Baca juga: Dewan Rakyat tumpu isu tarik minat siswazah perubatan dalam perkhidmatan awam
Tema MUNOGPC 2024 adalah Unlocking the future of sustainable energy: balancing net zero emission with upstream oil and gas production in the era of energy transition and digitalization.
Tema kali ini merangkumi kedua-dua asas dan aplikasi yang berkaitan dengan industri O&G.
Terdapat enam kategori dalam acara kali ini merangkumi Reservoir Engineering & Management; Production Enhancement; Drilling Operation & Optimisation; Petroleum Exploration & Development; Integrating IOR/EOR with current energy transition landscape dan Carbon capture, utilization and storage focusing on upstream energy sector.
Visi MUNOGPC adalah untuk diiktiraf sebagai acara utama untuk berkongsi pengetahuan yang berkaitan dengan industri minyak dan gas di kalangan pelajar universiti.
Misi MUNOGPC pula adalah untuk mengiktiraf usaha pelajar universiti ke arah kemajuan yang berkaitan dengan industri minyak dan gas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

