‘Saya tidak sengaja puan’, ibu mengaku salah beri anak usia 16 bulan susu campur air syabu

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG ibu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan memberi minum anak lelakinya susu yang dibancuh dengan air mengandungi dadah jenis syabu, di kediaman mereka minggu lalu.

Pengakuan itu dibuat oleh tertuduh yang juga merupakan seorang suri rumah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

“Saya mengaku bersalah, tetapi saya tidak sengaja, puan,” kata wanita itu didalam kandang tertuduh sejurus pertuduhan dibacakan keatasnya.

Sementara itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh, Nabila Huda Fadli, 34, dan suaminya, 40 didakwa secara bersama-sama telah melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandungi dadah berbahaya jenis ‘Metamphetamine’ sehingga kanak-kanak berkenaan mengalami ‘allegedsympathomimetic drug ingestion’.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kediaman apartmen di Taman Medan, Petaling Jaya sekitar jam 6 petang pada 19 Februari lalu.

Pasangan suami isteri, Sofian Mustapa Zin,40, dan Nabila Huda Fadli,34, didakwa atas kesalahan melakukan penganiayaan terhadap anaknya berumur setahun empat bulan dengan memberi minuman air susu bercampur dengan air yang mengandungi dadah jenis Methamphatemine selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Justeru kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap tertuduh selain mencadangkan agar kedua-dua tertuduh agar melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai sebagai syarat tambahan jaminan.

Ketika ditanya oleh hakim berkenaan hubungan kedua-dua tertuduh, Ahmad Zuhaini memberitahu mahkamah bahawa lelaki dan wanita itu merupakan pasangan suami isteri.

“Bagaimanapun kedua-dua tertuduh tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di sini,” ujarnya.

Bagaimanapun Nabila yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah memandangkan dia tidak bekerja dan memberitahu bahawa anak-anak memerlukannya di rumah.

Manakala Sofian yang turut tidak diwakili peguam merayu agar dibenarkan jaminan minimum dengan alasan menanggung anak-anak yang masih bersekolah termasuk manjaga ibu dan bapanya.

Pasangan suami isteri, Sofian Mustapa Zin,40, dan Nabila Huda Fadli,34, didakwa atas kesalahan melakukan penganiayaan terhadap anaknya berumur setahun empat bulan dengan memberi minuman air susu bercampur dengan air yang mengandungi dadah jenis Methamphatemine selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Hakim Dr. Syahliza membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 setiap tertuduh dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan selain melarang pasangan itu menganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 13 Mac depan bagi fakta kes serta penjatuhan hukuman ke atas Nabila manakala tarikh tersebut turut ditetapkan sebagai sebutan kes dan lantikan peguam bagi kes Sofian.

Sebelum ini pada Ahad lalu media melaporkan sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki tersilap membancuh susu anak lelaki mereka dengan air yang mengandungi syabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar @ Ismail berkata, kejadian yang hampir meragut nyawa kanak-kanak berkenaan dikesan selepas menerima aduan daripada pihak Hospital Kajang pada 20 Februari lalu.

Katanya, kejadian yang menimpa ke atas kanak-kanak berusia 16 bulan itu disedari nenek bayi berkenaan yang menjaganya pada hari kejadian.

“Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit menghantar bayi mereka untuk dijaga neneknya yang tinggal di Seri Kembangan dan ketika dalam jagaan wanita berusia 55 tahun itu, bayi itu tidak berhenti menangis.

“Bayi itu juga menjadi terlalu aktif dan sukar dikawal, menyebabkan wanita itu bertanya kepada ibu bayi berkenaan punca cucunya itu berkelakuan pelik.

“Ibu bayi itu kemudian mengaku tersilap membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya,” katanya.

Tambahnya, keadaan kanak-kanak malang berkenaan dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This