CEO PSM mengaku tidak bersalah minta RM1 juta, terima rasuah RM450,000

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tujuh pertuduhan membabitkan permintaan dan penerimaan rasuah berkaitan projek naik taraf Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Tertuduh, Iliyas Jamil, 42, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan pertama, beliau didakwa meminta wang rasuah berjumlah RM1 juta daripada seorang kontraktor, Yap Yeow Kuen, 60, sebagai balasan untuk membantu memilih syarikat Aerolux Power Constructions Sdn Bhd bagi memperoleh tender projek berkenaan.

Projek yang menjadi asas pertuduhan itu adalah kerja menaik taraf gelanggang serta kemudahan sukan di Pusat Skuasy Nasional, Kuala Lumpur Sports City (KL Sports City), Bukit Jalil dengan nilai kontrak sebanyak RM8.73 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Perbadanan Stadium Malaysia yang terletak di Aras 2, Stadium Nasional KL Sports City, Sri Petaling, pada 24 Februari lalu.

Bagi pertuduhan berkenaan, Iliyas didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun selain denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut jumlah yang lebih tinggi.

Sementara itu, bagi enam lagi pertuduhan, beliau didakwa menerima wang rasuah keseluruhan RM450,000 yang mempunyai kaitan dengan tender projek sama.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan antara 25 Februari hingga 13 April lalu, dengan sebahagian transaksi berlaku di pejabat PSM di Sri Petaling manakala selebihnya di sebuah restoran di kawasan sama.

Kesemua pertuduhan tersebut turut dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman sama sekiranya tertuduh didapati bersalah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This