MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor akan mengemukakan representasi bagi membatalkan dua pertuduhan menghasut yang sedang dihadapinya dalam masa terdekat.
Perkara itu diberitahu oleh peguam yang mewakili Muhammad Sanusi, Awang Armadajaya Ahmad Mahmud yang turut memohon agar mahkamah memberikan masa selama tiga hingga empat bulan untuk menetapkan tarikh sebutan seterusnya bagi keputusan representasi berkenaan.
Perkara itu susulan terdapat beberapa penting yang perlu diteliti oleh yang akan ditimbulkan dalam representasi untuk diserahkan kepada Peguam Negara (AG).
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malek Ayob memaklumkan pihak pendakwaan tidak membantah dengan permohonan pihak pembelaan berhubung representasi itu namun memohon mahkamah menetapkan terus tarikh-tarikh perbicaraan.
“Dalam tempoh itu, pendakwaan percaya pihak pembelaan boleh kemuka representasi dan ada pada masa sama representasi itu boleh diteliti peguam negara. Jadi kami mohon mahkamah menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan,” katanya.
Hakim Datuk Aslam Zainudin kemudian menetapkan 3 Mei depan bagi sebutan semula kes dan status representasi berkenaan.
Beliau turut menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan pada 22, 23, 26, 29, dan 30 Julai serta 5, 6, 9, 12, dan 13 Ogos.
Terdahulu semasa prosiding hari ini, Muhammad Sanusi, 50, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan semula di hadapan Hakim Aslam.
Kedua-dua pertuduhan itu dibacakan semula memandangkan sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berjaya dalam permohonannya memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen Selayang agar dibicarakan di Mahkamah Tinggi Selangor, pada 1 Februari lalu.
Baca: Sanusi mengaku tak bersalah atas dua tuduhan menghasut
Mengikut kedua-dua pertuduhan itu Muhammad Sanusi didakwa telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pukul 11 malam pada 11 Julai 2023.
Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

