Sanusi dakwa SOP REE dilengahkan, halang negeri di bawah PN maju

Dari Penulis

KELEWATAN pengeluaran prosedur operasi standard (SOP) perlombongan unsur nadir bumi (REE) oleh kerajaan Persekutuan didakwa disengajakan bagi menghalang negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional maju.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, negeri Kedah, Kelantan serta Terengganu mempunyai sumber REE yang sangat banyak dan berpotensi besar untuk menjana pendapatan lumayan sekiranya diteroka secara sah.

Namun begitu, katanya, beliau kesal kerana sehingga kini SOP bagi mengekstrak galian tersebut masih belum dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

“Paling banyak sekali REE ada di SG4. Sebab itu saya agak mereka tak berani keluarkan SOP. Kalau keluarkan SOP (untuk perlombongan), kayalah negeri-negeri SG4, termasuk Kedah. Saya agak begitu.

“Tetapi sehingga kini, SOP untuk melombong REE masih belum dikeluarkan oleh kementerian berkenaan, meskipun sudah berkali-kali sesi libat urus dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Baca artikel lain: Program Repatriasi Migran 2.0 dilanjutkan hingga tahun depan – Saifuddin Nasution

Muhammad Sanusi berkata, sumber REE merupakan antara pencapaian besar yang dimiliki negeri SG4, namun ia tidak boleh diiktiraf sebagai sumber pendapatan selagi belum diusahasilkan.

Sebelum ini, beliau memaklumkan kerajaan negeri masih menunggu SOP bagi eksplorasi REE kerana tiada dokumen rasmi berkaitan penerokaan industri REE dikeluarkan oleh pihak kementerian setakat ini.

Pada 24 November lalu, Muhammad Sanusi turut mencadangkan agar NRES meminda beberapa dasar sedia ada bagi membolehkan perlombongan REE dapat dijalankan segera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This