Koleksi lebaran ‘1001 Tales Of Ariani’ ketengah elemen Arabic, gabung keselesaan dan eksklusif dengan mainan kombinasi warna dan siluet. Pertaruh warna ‘lilac’ jadi trend

Dari Penulis

Ariani, jenama Muslimah terkemuka Malaysia memperkenalkan koleksi Aidilfitri,  ‘1001 Tales of Ariani’, dengan mengenengahkan inovasi dan kreativiti dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.

Istimewanya, majlis pada petang itu turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip, Ariani sangat komited dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif.

“Tahun ini tema  Ariani ialah Arabic, namun ia bukanlah berunsurkan arab. Apa yang kami lakukan ialah bermain dengan kombinasi warna dan siluet. Malah kami perhalusi koleksi Aryan dengan kemeja printed dan kurta. Maka pembeli boleh padankan baju kurung dan kurta warna sedondon. Bagi saya tahun ini lebih kepada kepelbagaian untuk keluarga,” katanya kepada Wanita.

Mengekalkan Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad sebagai duta Ariani, jelasnya, dia sangat selesa bekerja bersama tiga selebriti popular itu.

“Saya mengekalkan duta yang ada kerana mereka sangat komited, senang untuk bekerja dan sentiasa beri yang terbaik sebagai duta. Sebagai manusia kita merancang, namun mungkin pada masa akan datang mereka juga punya perancangan sendiri, jadi tiada istilah saya ‘ikat mati’ ketiga-tiganya sebagai duta Ariani.

“Cuma untuk tahun ini kami menambah muka-muka baharu gandingan selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin dan Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium,” tambahnya lagi.

Pertaruhkan rona ‘lilac’ sebagai ‘champion’, jelasnya Ariani telah memilih ‘Brick Orange’ pada tahun lalu.

“Brick Orange merupakan warna kami pada tahun lepas dan tahun ini kami memilih lilac dan beberapa warna pastel seperti  sage green dan champagne yang sesuai untuk rona kulit orang Asia,” katanya lagi.

Majlis pertunjukan fesyen yang bertemakan Arabic ini dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed, dengan pelbagai rekaan seperti voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, dan shawl bersulam. Setiap koleksi direka dengan nuansa glamor dan penuh warna, menampilkan motif alam, flora, dan cetakan abstrak yang elegan dan praktikal.

Rekaan dari ARIANI LUXE adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif.

Menjangkau tahun kedua penubuhan, koleksi pakaian lelaki ARYAN turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa.

ARIANI RTW turut menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah. Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri serta turut mengangkat warna-warna ‘trendy’ yang menjadi pilihan ramai pelanggan pada tahun ini antaranya warna ‘Brick Orange’ dan ‘Lilac’.

Malah pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, ARIANI RTW turut melancarkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya dan The Premium Series by ARIANI RTW yang merangkumi jubah dan abaya premium serta koleksi kurung eksklusif khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad. Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This