Camel active buka butik perdana pertama di Lalaport, seiring koleksi baharu C by camel active

Dari Penulis

Pemilik jenama pakaian kasual gaya hidup dan lasak bertaraf antarabangsa, camel active mengumumkan pembukaan kedai perdana pertamanya di Asia Tenggara bertempat di LaLaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala Lumpur.

Kedai yang memiliki ruang niaga yang luas iaitu 2,400 kaki persegi ini turut menawarkan koleksi baharu C by camel active, sekali gus melonjakkan perasaan kontemporari yang ada hubung kait dengan alam semula jadi.

Camel active umum pembukaan kedai perdana pertamanya di Asia Tenggara bertempat di LaLaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan CLT Asia Sdn Bhd, Jason Tan berkata, kedai yang berorientasikan konsep terkini dan moden itu seiring dengan kemunculan koleksi baru C by camel active yang  menyasarkan golongan muda bandar, lelaki dan wanita.

“Ia adalah sebuah pusat beli-belah yang menampilkan gaya hidup dinamik, selari dengan semangat camel active. Pembukaan kedai perdana ini adalah tanda komitmen kami dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik kepada pelanggan menerusi pelbagai rangkaian produk yang mempamerkan keunikan jenama ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pengarah Worldwide Brands Inc, Vincent Xu; Pengarah Urusan Camel Active (M) Sdn Bhd, Joe Ng; Pengarah Kreatif Larrie Corporation (M) Sdn Bhd, Eddie Chong; Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd, Cik Vivien Ooi; Pengarah Urusan CLT Asia Sdn Bhd, Jason Tan dan Pengurus Besar – Merchandising dari Travel for All Marketing Sdn Bhd, TS Lim.

Tambahnya lagi, pelanggan juga boleh mendapatkan barangan persediaan glamping, eksklusif dan koleksi camel active serta C by camel active. Malah matlamat koleksi C by camel active adalah untuk menggalakkan kehidupan lestari dengan mempromosi usaha pemuliharaan alam semula jadi.

“Menerusi usaha yang eksklusif, edisi ‘Save the Forest, Adopt a Tree’ daripada koleksi C by camel active diharap dapat menyokong kerja-kerja pemuliharaan Taman Tugu.

“Sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan edisi terhad itu akan didedikasikan kepada inisiatif yang diterajui Amanah Warisan Negara (AWAN),” ujarnya yang juga wakil jenama camel active di Asia Tenggara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This