DIVIDEN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2023 yang kekal kukuh memberikan keyakinan kepada pekerja tentang prestasi pelaburan mereka dalam simpanan hari tua itu selain memberi petunjuk pertumbuhan ekonomi yang semakin stabil dan meningkat, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani yang mengalu-alukan pengumuman itu berkata peningkatan dividen simpanan syariah kepada 5.40 peratus berbanding hanya 4.75 peratus pada 2022 juga boleh menarik lebih ramai pencarum untuk memilih simpanan syariah pada masa akan datang.
“Kami percaya dengan adanya pertumbuhan ekonomi yang stabil akan meningkatkan lagi peluang pekerja secara tidak langsung akan menambah jumlah ahli pencarum KWSP yang mana dapat kita lihat sumbangan caruman pada 2023 telah meningkat manakala pengeluaran ke tahap prapendemik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
KWSP hari ini telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.50 peratus bagi simpanan konvensional dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 billion dan 5.40 peratus bagi simpanan syariah dengan jumlah agihan RM7.48 billion. Ia merangkumi jumlah keseluruhan agihan pendapatan bagi 2023 iaitu sebanyak RM57.81 billion.
Mohd Effendy berkata komitmen KWSP untuk mempertahankan dividen yang kukuh memberikan kepastian kepada pekerja mengenai pertumbuhan simpanan pekerja dalam jangka panjang terutama simpanan hari tua.
“Ia bagi memastikan setiap pencarum mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya sekitar RM240,000 apabila bersara nanti.
Kesedaran percarum juga perlu bagi mengekalkan tahun tambahan dalam pengumpulan simpanan dan pekerjaan yang produktif akan meningkatkan simpanan untuk membolehkan pendapatan yang lebih tinggi semasa persaraan nanti,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

