Peniaga tidak terlibat SST, termasuk makanan dan minuman diingat jangan naikkan harga – KPDN

Dari Penulis

PENIAGA yang tidak terlibat dengan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata ini kerana tindakan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

“Hanya empat kategori yang terlibat dengan kenaikan cukai SST iaitu perhotelan, kesihatan dan kesejahteraan, pusat penyediaan latihan dan tunjuk ajar serta perkhidmatan dobi yang nilai ambangnya lebih RM500,000.

“Mereka yang tidak berada dalam kategori ini termasuk peniaga makanan dan minuman diminta jangan mengambil kesempatan menaikkan harga kerana pihak KPDN akan menguatkuasakan undang-undang,” katanya selepas sesi jelajah mesra di Karnival Jualan Rahmah MADANI Pahang di Dataran Anjung Pusat Bandar Jengka di Jengka hari ini.

Fuziah berharap orang ramai lebih peka dengan maklumat berkaitan cukai SST dan mereka yang menghadapi masalah berkaitan kenaikan harga barangan boleh membuat aduan melalui aplikasi WhatsApp 019-848 000, memuat turun aplikasi EZ Aduan KPDN, menghubungi hotline KPDN 1-800-88-800 atau melayari portal E-Aduan KPDN di eaduan.kpdn.gov.my.

Beliau berkata sejak Ops Kesan dilancarkan pada 1 Mac, lebih 1,000 pemeriksaan dilakukan oleh KPDN di seluruh negara dan 26 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga yang didapati melakukan kesalahan.

Sementara itu, di Kelantan Pengarah KPDN negeri Azman Ismail berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga termasuk di bazar-bazar Ramadan sekiranya terdapat bukti mereka terlibat dalam pencatutan.

Azman berkata meskipun peniaga barangan makanan seperti di bazar Ramadan tidak terlibat secara langsung dengan kenaikan SST dari enam kepada lapan peratus, namun pemantauan tetap dilakukan bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan.

BERITA BERKAITAN SST naik: KPDN lancar operasi kesan, pantau peniaga naikkan harga barang

Beliau berkata di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, peniaga tidak boleh mengambil keuntungan melebihi 50 peratus daripada kos.

“Sekiranya ada peniaga terlibat dengan menaikkan harga jualan sewenang-wenangnya, kami akan mengambil tindakan selaras dengan akta yang diperuntukkan,” katanya.

Di Perlis KPDN membuat pemantauan harga barangan secara berterusan untuk memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga selepas pelaksanaan kadar baharu SST bermula Jumaat lepas.

Pengarah KPDN Perlis Norazah Jaapar berkata Ops Kesan juga mula dilaksanakan pada hari sama melibatkan industri perhotelan.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata KPDN telah memulakan Ops Kesan 2014 bermula 1 Mac bertujuan memantau kesan pelaksanaan peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pancatutan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This