Tyzo sahkan bakal sertai IKIMfm, bakal kendalikan segmen Inspirasi Pagi bermula 11 Mac

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYAMPAI radio Tyzo Xander akhirnya menamatkan teka-teki ramai apabila dia mengesahkan bakal menyertai stesen radio IKIMfm bermula 11 Mac ini.

Tyzo atau nama lengkapnya Tuah Zolqarnain Idris akan mengendalikan segmen Inspirasi Pagi bersama deejay Suffian Amrin dan Luqman Hakim dari pukul 6 hingga 10 pagi, setiap Isnin hingga Jumaat.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun, Tyzo yakin mampu mengemudi stesen radio berteraskan ilmiah sekaligus sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Sebelum ini saya mengendalikan segmen hiburan tetapi dengan pengalaman 21 tahun di konti radio, saya percaya dapat memberikan sesuatu kelainan tetapi pada masa sama semua dapat manfaat.

“Dah tiba masanya untuk saya sumbangkan kelebihan bakat dan kemahiran demi agama dan agama.

“Walaupun konsep hiburan tapi saya yakin pendengar radio juga inginkan bahan hiburan. Cuma pendekatan yang sedikit berbeza dan lebih segar,” katanya.

Majlis pengumuman tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Profesor Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil pada Majlis Penjenamaan Semula & Pelancaran Logo IKIMfm di Dewan Abdullah Al-Bukhari, Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.

Tyzo turut berterima kasih kepada pihak IKIMfm kerana berbesar hati menawarkan peluang kepadanya untuk berbakti kepada stesen radio Islamik berkenaan.

“Sebaik saja tamat kontrak dengan stesen radio Suria FM, sebenarnya ada beberapa pihak yang telefon saya dan bertanyakan perancangan akan datang.

“Selepas beberapa perbincangan akhirnya saya buat keputusan untuk sertai IKIMfm. Ini juga peluang saya untuk jadi lebih baik.

“Saya juga akan mengkaji karakter rakan penyampai bagi mendapatkan keserasian sewaktu bertugas,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This