Setelah berjaya terjual sebanyak 15,000 helai baju raya kucing sewaktu pertama kali diperkenalkan tahun lalu, kali ini DD Cat muncul lagi dengan koleksi terbaru sempena Aidilfitri yang akan datang untuk haiwan comel ini.
Berkonsepkan Raya Sedondon, jenama pakaian kucing ini menampilkan rekaan baru dengan masih mengekalkan aktres cantik, Anna Jobling sebagai wajah kepada jenama baju raya kucing tersebut.

“Saya sayangkan kucing dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk kucing-kucing saya. Justeru, saya gembira apabila kali ini turut terlibat dalam proses penghasilkan koleksi baju ini termasuk memilih fabrik, warna dan juga rekaan,” ujar aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Portugis itu.
Untuk tahun ini, koleksi DD Cat menampilkan lapan pilihan warna baru yang segar dan menarik untuk digayakan haiwan comel ini yang terdiri daripada baju Melayu, baju kurung dan kebaya. Fabrik kali ini turut menampilkan songket dan como crepe polos dengan perincian renda French lace yang elegan.
Jangan risau jika saiz haiwan kesayangan anda kecil atau terlebih comel kerana koleksi baju raya kucing ini tersedia daripada saiz S sehingga XXL.


“Tahun lalu, kita tidak sangka 15,000 ribu koleksi raya baju kucing ini terjual bukan hanya di Malaysia, malah sehingga ke Singapura dan Brunei. Disebabkan sambutan luar biasa itu, tahun ini kita hasilkan sebanyak 25,000 helai baju raya untuk kucing,” kata Anna pada sidang media memperkenalkan koleksi baju keluaran DD Cat bertempat di Coo & Riki Lalaport, hari ini.
Aktress berusia 24 tahun ini juga berkongsi keterujaannya tentang keistimewaan baju raya kucing tersebut apabila turut menjadi pilihan anakanda Sultan Brunei, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah baru-baru ini.
Koleksi baju raya kucing DD Cat kini sudah mula dipasarkan melalui pembelian dalam talian atau di ekspo-ekspo yang akan berlangsung di bulan Ramadan nanti. Anda boleh juga dapatkan baju untuk haiwan kesayangan ini dengan datang ke Coo & Riki di Lalaport, Bukit Bintang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

