Dengan menggunakan teknologi terkini, rupanya hajar aswad bukanlah berwarna hitam

Dari Penulis

Batu hajar aswad terletak di satu penjuru Kaabah dan merupakan batu dari syurga. Batu ini berwarna hitam dan kerana itulah ia disebut hajar (batu) aswad (hitam).

Menurut riwayat batu ni pada asalnya berwarna sangat putih, akan tetapi ia berubah menjadi hitam kerana dosa-dosa manusia. Ketika ia turun ke bumi ia bersinar-sinar seperti bintang kerana cerahnya warna putih yang dipantulkan dengan cahaya. Abdullah bin Amr r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tentang terangnya cahaya hajar aswad sewaktu pertama kali turun ke bumi.

“Sesungguhnya rukun (hajar aswad) dan makam Ibrahim a.s.  adalah dua buah jenis permata yaqut dari jenis yaqut yang berada di syurga. Allah menghapus sinar keduanya. Jika tidak dihapus cahayanya, tentulah keduanya akan menyinari antara timur dan barat” (HR Tirmizi)

Dan katanya lagi batu ini bertukar warna daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang Musyrik. Hal yang sama turut diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais. Dikatakan bahawa sesungguhnya hajar aswad adalah batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang-orang musyrik.

Artikel berkaitan: Sejarah hajar aswad dan kenapa umat islam diharamkan menciumnya

Dalam tafsir Ibnu Kathir turut menyebutkan,

“Malaikat Jibril mendatangkan hajar aswad. Awalnya batu ini berwarna putih dan berubah menjadi hitam kerana banyaknya dosa manusia”

Selain itu, Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,

Hajar aswad asalnya berwarna putih, namun kerana dosa manusia ia berubah warna

“Hajar aswad adalah batu dari syurga. Batu tersebut begitu putih lebih daripada susu. Dosa manusialah yang membuat batu tersebut menjadi hitam” (HR Tirmizi)

Dan dalam riwayat yang lain pula mengatakan bahawa putihnya hajar aswad lebih putih daripada putihnya salji. Dari Ibnu Abbas r.a. Baginda s.a.w. bersabda,

“Hajar aswad adalah batu dari syurga. Batu tersebut lebih putih dari salji. Dosa-dosa orang musyriklah yang membuatnya menjadi hitam”

Syeikh al-Mubarakfuri turut menjelaskan bahawa zahir hadis ini menjelaskan demikian dan ia bukanlah makna kiasan. Katanya,

“Dosa Bani Adam menyebabkan batu menjadi hitam dan pendapat yang lebih kuat adalah dengan memahami zahir hadis sebagaimana hakikatnya. Tidak ada yang menghalang baik secara akal mahupun dalil”.

Dari dalil yang dinyatakan di atas, maka jelas pada kita bahawa asal warna hajar aswad adalah putih cerah berkilat dan bersinar ketika mana ia diturunkan ke bumi. Namun begitu seiring dengan perubahan masa dan banyaknya dosa-dosa yang dilakukan oleh umat manusia, maka ia mengalami perubahan warna sehingga bertukar menjadi hitam.

Hajar aswad bukanlah hitam?

Akan tetapi pada tahun 2021, untuk pertama kalinya pemerintah Arab Saudi berkongsikan gambar hajar aswad dengan resolusi tinggi yang diambil ke atas batu tersebut. Gambar-gambar yang dikongsikan ini menunjukkan dengan jelas rupa bentuk dan warna sebenar hajar aswad.

Gambar tersebut diambil menggunakan teknik baru yang menggunakan fokus panoramik. Menurut juru bicara General Presidency of Two Holy Mosques, iaitu pihak yang bertanggungjawab mengambil gambar ini, katanya,

“Gambar hajar aswad ini berukuran hingga 49.000 megapiksel. Memerlukan waktu selama 7 jam untuk memotretkannya. Dan juga lebih dari 50 jam untuk mengolahnya. Dalam proses memotret pula, sebanyak 1.050 gambar diambil dengan setiap gambar mempunyai ukuran 160 gigabait.”

Dengan teknologi terkini, ini warna sebenar hajar aswad

Seterusnya mereka menggunakan teknik yang disebut “focus stacking” yang menggabungkan beberapa foto dengan titik fokus berbeza guna menjaga ketajaman hasil akhir. Menurut pengkaji pengkajian Islam Universiti Oxford yang tidak terlibat dengan projek tersebut,

“Proses ini penting kerana dalam hal seperti ini belum pernah dilakukan sebelumnya. Dan ini kali pertama ada gambar digital batu yang diperbesarkan dan kita dapat melihat batu ini dari dekat dan secara sendiri”  

Hasil dari penelitian tersebut maka sebanyak tiga gambar dikongsikan kepada umum iaitu pertama gambar yang memperlihatkan hajar aswad yang dilindungi dengan lingkaran perak seperti yang selalu kita lihat selama ini.

Gambar kedua adalah lebih terperinci dengan menunjukkan bentuk batu tersebut secara keseluruhan. Manakala gambar ketiga memperlihatkan adanya batu hitam di hajar aswad.

Setelah dipotretkan dengan foto resolusi tinggi ternyata hasil akhir menunjukkan dengan jelas keajaiban hajar aswad. Batu ini tidaklah hitam seperti sangkaan ramai. Akan tetapi ia mengeluarkan warna aslinya yang lebih seperti merah dengan beberapa bahagian hitam. Wallahu a’lam

___________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This