Amber X Anna Jobling tampilkan koleksi Atma Sari. Serlahkan rekaan elegan dengan padanan corak minimalis

Dari Penulis

Amber, sebuah jenama busana Muslimah melancarkan koleksi baharu, Atma Sari sempena koleksi Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024. Koleksi indah ini dilihat berjaya mencetuskan gabungan antara sisi elegan dan elemen budaya.

Pengasas Amber dan Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd (USANITA), Datin Seri Adzliana Hasan menyatakan keterujaan menjalin kolaborasi bersama pelakon terkenal, Anna Jobling. Mengenengahkan rekaan minimalis dengan sentuhan rona lembut, kata Adzliana, koleksi pada tahun ini lebih moden dan sesuai digayakan di setiap peringkat umur.

@majalahwanita

Amber X Anna Jobling tampilkan koleksi Atma Sari. Serlahkan rekaan elegan dengan padanan corak minimalis #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #amber #annajobling #usanita

♬ original sound – Majalah Wanita – Majalah Wanita

“Koleksi Amber pada kali ini merupakan koleksi Atma Sari dengan kolaborasi bersama Anna Jobling. Kami mempunyai 10 koleksi baju wanita dan dua kurta dan setiap daripadanya terdiri daripada empat warna.

“Amber raya pada kali ini lebih menonjolkan kesederhanaan dan elegan dengan padanan warna pastel beserta corak minimalis dan sulaman. Rekaan ini dilihat lebih moden dan chicky, sesuai dengan muse Amber, Anna Jobling,” katanya ketika ditemui di acara pertunjukkan fesyen Amber x Anna Jobling yang berlangsung di The Estate, Kuala Lumpur pada Selasa.

Malah setiap koleksi dicetuskan daripada personaliti pelakon popular itu dan seterusnya diterjemahkan ke atas helaian busana Amber. Menariknya, kesemua koleksi Atma Sari telah dinamakan sempena nama-nama watak yang pernah dilakonkan Anna sebelum ini.

“Anna mempunyai satu karakter yang bersesuaian dengan Amber. Malah koleksi kali ini diilhamkan daripada personaliti Anna, malah nama setiap koleksi juga diambil daripada watak setiap drama yang dilakonkan.

“Anna turut memberikan sentuhan istimewa dalam koleksi kali ini di mana pemilihan warna dan corak juga mengikut citarasa dia. Kami mahukan sesuatu yang simple dan elegan,” tambahnya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This