Mahu terus mengekalkan elemen Melayu dalam koleksi Aidilfitri, Qierahman, sebuah jenama pakaian lelaki terus rancakkan kemeriahan raya dengan koleksi Eid 2024 yang ‘signature cut’, kurta modern fit, kurta Paduka oversized dan abaya.
Menurut Pengarah Kreatif Qierahman, Fazrul Musa, mereka memegang prinsip ‘tiada elemen tradisi akan diganggu’. Malah rekaan terbaharu menampilkan identiti elegan pada siluet, pemotongan, material dan reka bentuk.

“Koleksi kami cukup mudah, ianya padan untuk semua bentuk badan dan saiz. Malah rekaan lebih lebar di bahagian paha seluar juga dibuat untuk memudahkan pemakai menunaikan solat, tiada lagi masalah benang tetas apabila kita sujud atau rukuk.
“Kami menyuntik kelainan dengan injeksi lebih moden di mana koleksi baju Melayu Qierahman menampilkan identiti ‘signature cut’ di mana ia diilhamkan dari potongan suit or blazer untuk menampakkan pemakai kelihatan lebih segak dan kemas. Malah ia dijahit mengikut ukuran buat mereka yang inginkan pakaian berkualiti, praktikal dengan kerja tangan yang mengagumkan,” katanya yang memulakan jenama sekitar 2016.

Qie Anuar, pengasas bersama serta Ketua Strategi Pemasaran pula berkata koleksi kali ini turut menampilkan koleksi abaya untuk kaum wanita, yang terdiri daripada Amelie, Camille dan Madelyn.
Terus komited meneruskan kerjasama dengan pelakon dan penerbit Que Haidar dan anak perempuannya, Tengku Ratu Haidar, tambah Qie lagi, komitmen yang ditunjukkan Que sedari 2017 menyebabkan dia selesa.
“Bayangkan daripada kami berniaga di booth lagi Que telah memberi komitmen yang sangat baik, dia sendiri melayani pelanggan ketika itu. Dan apabila Ratu mula meningkat remaja, inilah masanya untuk kami ketengahkan Ratu sabagai wajah eksklusif kami,” ulasnya yang turut menawarkan harga istimewa serendah RM159 bagi menghargai pelanggan yang setia bersama jenamanya sejak 2016.
Untuk pembelian, boleh layari www.qierahman.com atau ke gerai jualan QIERAHMAN di Shoppes @ Four Season di Aras 2 bermula 8 March sehingga 7 April ini.

