Curi kabel, polis berkas Din Beringin

Dari Penulis

POLIS menahan seorang lelaki dikenali sebagai “Din Beringin” yang disyaki  terlibat dalam kes kecurian kabel di sekitar ibu negara.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Jinjang Utara pada Ahad lepas setelah polis menerima laporan kes kecurian kabel sebuah loji di Taman Pelangi di Sentul pada 28 Feb lalu.

Beliau berkata dengan tangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan sembilan kes kecurian kabel di sekitar Kuala Lumpur.

Menurutnya suspek bersama seorang lagi yang masih diburu dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak Ogos tahun lepas dengan menyasarkan kabel, besi tembaga dan aluminium di tapak projek dan perumahan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Hasil barang-barang yang dicuri akan dijual semula di kedai besi buruk bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah dan mereka ini kebiasaannya sasarkan kabel yang masih bergulung dalam simpanan,” katanya  dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad Sukarno berkata polis menahan ketua kumpulan Geng Tatan pada Selasa lepas yang disyaki terlibat dalam enam kes ragut di sekitar Sentul.

Beliau berkata suspek yang direman empat hari hingga 9 Mac ini, bersama seorang lagi yang masih diburu menyasarkan pejalan kaki dan penunggang motosikal di kawasan perumahan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This