GSC 3 Damansara ditutup sepenuhnya pada 18 Mac

Dari Penulis

GOLDEN Screen Cinemas (GSC) Sdn. Bhd. mengesahkan operasi cawangannya di 3 Damansara akan dihenti dan ditutup sepenuhnya bermula 18 Mac ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh syarikat pawagam terkenal itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook milik mereka, hari ini.

Jelas kenyataan itu, tayangan terakhir adalah pada 17 Mac.

“Kami menempuh perjalanan yang luar biasa sejak GSC 3 Damansara dibuka kali pertama pada 20 Jun 2009.

“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan sepanjang 15 tahun ini.

“Segala kegembiran dan emosi yang kita kongsi, akan kekal bersama kami buat selama-lamanya,” tulis kenyataan itu.

Tambahnya, para pelanggan boleh bekunjung ke pawagam yang terdekat seperti GSC The Starling Mall, GSC Paradigm Mall, GSC 1 Utama dan GSC Tropicana Gardens Mall untuk menikmati tayangan filem terbaharu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This