Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah flat di Cheras petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Ridzuan Khalid berkata mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat perumahan berkenaan oleh orang ramai pada 1.52 tengah hari.
Beliau berkata mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang tiba di tempat kejadian bersama pasukan polis.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemukan dalam insiden yang berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.
Ridzuan berkata siasatan lanjut berhubung kes berkenaan akan diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Cheras Inspektor Toh Chee Haur di talian 03-92050301 samb 302 bagi membantu siasatan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

