SATU Kajian Penstabilan Harga Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dilaksanakan di ketiga-tiga wilayah tersebut.
Perkara itu dipersetujui menerusi mesyuarat pertama Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, semalam.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; wakil-wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak; Ketua Setiausaha Kementerian yang berkaitan; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan ahli-ahli Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan memaklumkan, kajian penstabilan harga itu akan dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak.
Menurut KPDN, kajian itu bagi memastikan pelan tindakan yang diambil kerajaan dalam langkah intervensi ke atas penstabilan harga di negeri berkenaan berlandaskan data yang ada.
“Kerajaan Persekutuan dan negeri kekal cakna mengenai isu harga barang serta perkhidmatan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Agenda ini akan digerakkan melalui pendekatan senegara termasuklah penglibatan secara langsung kerajaan negeri, mengambil kira bidang kuasa kerajaan negeri dalam aspek tertentu melibatkan sektor makanan,” menurut kenyataan itu.
Baca artikel lain: Peniaga tidak terlibat SST, termasuk makanan dan minuman diingat jangan naikkan harga – KPDN
Dalam kenyataan sama, KPDN memaklumkan jawatankuasa itu ditubuhkan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya pendekatan dan kaedah terbaik dikenal pasti dalam memastikan kestabilan harga barangan dan perkhidmatan di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Katanya, jawatankuasa berkenaan turut memainkan peranan dalam mengenal pasti isu, cabaran dan faktor yang berkaitan dengan masalah harga barangan dan perkhidmatan di ketiga-tiga wilayah berkenaan.
Pada masa sama, mesyuarat tersebut telah membincangkan kertas-kertas makluman dan pertimbangan berkenaan situasi pendapatan, perbelanjaan isi rumah, kadar inflasi dan senario semasa.
Selain itu, turut dibincangkan adalah trend kedudukan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dibentangkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Bahagian Harga Barangan Negara, KPDN.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

