Dalil al-Quran dan Hadis berkait dengan puasa di bulan Ramadan

Dari Penulis

Bulan Ramadan akan tiba beberapa hari lagi. Sebagaimana yang diketahui, apabila masuk bulan Ramadan, semua umat Islam yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam syariat Islam diwajibkan berpuasa.

Terdapat banyak dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan kewajiban berpuasa antaranya:

Pertama: Surah al-Baqarah ayat 183

“Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”

Kedua: Surah al-Baqarah ayat 184

“(Iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barangsiapa dengan kerelaan hatinya mengerjakan kebajikan maka itu lebih baik baginya dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”

Ketiga: Surah al-Baqarah ayat 185

“Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantinya) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.

Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk Nya yang diberikan kepadamu agar kamu bersyukur”

Keempat: Surah al-Baqarah ayat 187

“Dihalalkan bagimu pada malam hari puasa bercampur dengan isterimu. Maka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi Dia menerima taubatmu dan memaafkanmu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah bagimu.

Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbezaan) di antara benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa hingga sampai (datang) malam. Tetapi jangan kamu campuri mereka ketika kamu beriktikaf di masjid. Itulah ketentuan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat Nya kepada manusia agar mereka bertakwa”

Kelima: Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

“Dari Talhah bin Ubaidullah r.a. seseorang datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, “Ya Rasulullah! Katakan padaku apa yang Allah wajibkan kepadaku tentang puasa?” Baginda menjawab, “Puasa Ramadan” “Apakah ada lagi selain itu?” Jawab Baginda, “Tidak, kecuali puasa sunat”

Keenam: Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

“Dari Umar al-Khattab r.a. ia berkata bahawa pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda, “Islam dibangun atas 5 tiang, syahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, bahawa Nabi Muhammad utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji”

Ketujuh: Hadis riwayat Bukhari

“Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Berpuasalah kalian kerana melihatnya (hilal) dan berhari rayalah kerana melihatnya. Jika hilal hilang dari penglihatanmu maka sempurnakanlah bilangan Syaaban sampai tiga puluh hari”

Kelapan: Hadis riwayat Ahmad dan an-Nasa’i

“Telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah, diwajibkan kepada kalian ibadah puasa, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutuplah pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak mendapatkan kebaikannya berarti ia telah benar-benar terhalang atau terjauhkan (dari kebaikan)”

_________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This