CCTV papar kelibat Aliff Aziz & Ruhainies tular

Dari Penulis

RAKAMAN litar kamera tertutup (CCTV) menerusi video yang dirakam bertarikh 25 Februari lalu kelihatan pasangan lelaki dan wanita yang dipercayai Aliff Aziz serta Ruhainies sedang berjalan dari premis kondominium  menuju ke lif.

Wanita yang mirip Ruhainies itu memakai baju hoodie berwarna putih sambil membawa beg tangan turut memakai pelekap mulut seakan menyedari keberadaan CCTV.

Sementara lelaki yang seakan sama seperti Aliff pula memakai serba hitam dan bertopi.

Memetik laporan Harian Metro,, sumber memberitahu ahli keluarga pelakon wanita itu turut berada di premis terbabit ketika operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), malam tadi.

Berdasarkan gambar sumber itu, mereka yang dilihat berada di situ ialah kakak Ruhainies yang juga seorang pelakon iaitu Risteena Munim bersama dua adiknya yang lain.

Bagaimanapun, mereka kemudian beredar selepas penguat kuasa Jawi dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian.

Terdahulu, laporan media melaporkan adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup berkhalwat bersama pelakon wanita itu ialah Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This