Jawi terpaksa telefon bomba, tiga jam tunggu Aliff Aziz buka pintu

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz mengambil masa selama tiga jam sehingga memaksa pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memecahkan pintu rumah.

Bagaimanapun, Aliff akhirnya membuka pintu unit kondominium milik pelakon wanita yang turut bersama dengannya awal pagi tadi. 

Lapor Harian Metro, operasi yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua van.

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

Terdahulu, adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz adalah individu yang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Mama takut kecewakan kakak lagi…,” – Demi impian Tiara nak adik, isteri Achey cekal tempuh rawatan IVF

DI sebalik tawa dan jenaka yang sering menghiburkan jutaan peminat, pelawak popular Achey memendam hasrat dan tekad yang besar...

More Articles Like This