PELAKON Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat telah dibebaskan dengan jaminan.
Difahamkan, pasangan selebriti itu beredar dari pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekitar pukul 2 petang tadi.
Lapor Harian Metro, kira-kira pukul 12 tengah hari tiga kereta jenis Toyota Alphard, Honda Civic dan Perodua Myvi bersama lima individu dipercayai ahli keluarga mereka hadir ke pejabat itu untuk mengambil kedua-dua pasangan ini.
Aliff dan Ruhainies akan didakwa di Mahkamah Syariah dalam waktu terdekat.
Terdahulu, Didi Astillah mengesahkan dua artis yang dicekup khalwat di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu negara oleh penguatkuasa Jawi adalah abang iparnya iaitu Aliff dan Ruhaines.

