Jakel lancar Kempen Raya Sakan 2024, turunkan harga untuk bantu Aidilfitri lebih meriah. Siap bagi sampin dan baju kemeja percuma. Sedia tiga juta pasang baju raya

Dari Penulis

Gedung tekstil terkemuka negara, Jakel, melancarkan kempen Raya Sakan 2024 bagi menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Aidilfitri, selama sebulan bermula hari ini.

Selari dengan moto kempen tahun ini bergaya sambil berjimat, Jakel mengambil inisiatif menurunkan harga baju demi memberi peluang kepada pengguna untuk berbelanja sempena menyambut Aidilfitri. Malah setiap pembelian baju Melayu juga disertakan dengan sampin atau baju kemeja secara percuma.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kesemua koleksi pakaian siap tahun ini bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditawarkan pihaknya adalah berteraskan trend terkini hasil sentuhan pereka dalaman Jakel sekali gus diyakini mampu memenuhi cita rasa pelanggan masa kini.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

“Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju Melayu yang sebelum ini ditawarkan pada tahun lalu iaitu pada RM180 kini diturunkan kepada RM150 sahaja sepasang, selain pelanggan berpeluang memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau samping berkualiti berteraskan kain eksklusif bernilai RM89 bagi setiap pembelian baju Melayu tahun ini.

“Malah bagi koleksi perempuan sedia dipakai ditawarkan serendah RM99 sahaja sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini 2024,” katanya sempena pelancaran kempen Raya Sakan Bersama Jakel 2024 di Jakel Mall, baru-baru ini.

Menurutnya, bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan sepanjang promosi sebulan itu, Jakel menyediakan stok baju melayu sebanyak tiga juta pasang di seluruh Malaysia jauh lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.

Nabil Ahmad kekal sebagai duta Jakel bagi tahun 2024 bagi sembilan tahun berturut-turut.

“Tidak ketinggalan, bagi penggemar pakaian sedondon, Jakel turut menyediakan koleksi KOMBO sedondon khusus bagi keluarga dan pasangan .

“Tahun ini juga Jakel menawarkan pelbagai pilihan baju kanak-kanak perempuan dan lelaki bermula dari peringkat bayi hingga ke usia 14 tahun pada harga amat berpatutan bermula pada RM49 sepasang.

“Bukan itu sahaja, selain koleksi pakaian, Jakel turut menawarkan diskaun sehingga 85% bagi kelengkapan lain seperti permaidani, langsir, sejadah, kain pelikat dan lain-lain di gedung kami yang sudah popular sebagai pusat sehenti. Ingat raya ingat Jakel, singgah Jakel barulah raya,” tambahnya.

Tambah Mohamed Faroz, selain promosi baju Melayu Raya Sakan, pelanggan turut berpeluang mendapatkan pelbagai varieti kurta pada harga serendah RM39, kemeja lelaki serendah RM59 serta baju kanak-kanak serendah RM29.

Dalam pada itu, pelakon dan pengacara popular, Nabil Ahmad kekal sebagai duta Jakel buat tahun kesembilan. Selain itu, Jakel turut melancarkan sketsa raya yang dibintangi oleh Mimi Ernida, Lan Zailan, Mustaqim Bahadon, Halim Othman, Anas Ridzuan dan ramai lagi. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gen Z tidak miskin pendapatan tetapi bergelut dalam realiti kehidupan

Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, Dr. Nik Zirwatul Fatihah. Pensyarah Kanan di...

More Articles Like This