Gabungan mega antara chic dan nature di STYLE Bangkok 2024

Dari Penulis

Sempurnakan pengembaraan dengan paduan antara fesyen, gaya hidup dan seni berkonsepkan ‘CHICNATURE’ di STYLE Bangkok 2024. Mempamerkan rekaan bertaraf dunia dengan memfokuskan seni reka halus Thailand dan negara Asia, acara ini memberikan satu penanda aras baharu yang menjanjikan kepelbagaian dan inovasi dalam seni antara ‘chic’ dan ‘nature’.

STYLE Bangkok 2024 bukan sekadar acara tahunan, namun merupakan satu revolusi yang mendefinisikan standard baharu dalam gaya hidup dan fesyen. Terokai esen budaya Thai dengan sedikit suntikan moden di mana para artis terlibat menggabungkan teknik lama dalam berkarya, malah berjaya mengubah produk kitar semula menjadi seni baharu yang di luar kotak. Daripada tekstil tenunan sehinggalah kepada acuan perabot mesra alam, semuanya terselit kisah warisan, inovasi dan rasa hormat terhadap alam sekitar.

Apa yang lebih menarik, lebih 1000 gerai pameran tersedia daripada inovasi seluar Muay Thai oleh Buakaw Gallery sehinggalah kepada kelahiran semua produk terpakai oleh The Remaker.

Bukan sekadar produk jual beli, STYLE Bangkok 2024 turut mempromosi kreativiti, komuniti dan gaya hidup yang aktif. Zon ‘New Faces’ turut menampilkan usahawan daripada perintis bakat baru dengan projek ‘Qurated Fashion Incubation’ dimana sentuhan glamor diberi kepada koleksi reka bentuk eksklusif seperti ‘Fesyen untuk BCG.’

STYLE Bangkok 2024 terletak di Queen Sirikit National Convention Center (QSNCC) dan bermula dari 20 hingga 24 Mac 2024. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.stylebangkokfair.com dan halaman Facebook di www.facebook.com/stylebkkfair.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This