Oleh: Muhammad Amir Aiman Rosli (Wartawan Pelatih Universiti Kebangsaan Malaysia)
FILEM Oppenheimer meraih gelaran Filem Terbaik dalam majlis Anugerah Oscar Ke-96 yang berlangsung hari ini di Dolby Theatre, Los Angeles.
Filem yang diarahkan oleh Christopher Nolan itu berjaya mengalahkan beberapa pesaing sengit seperti American Fiction, Anatomy of a Fall, Barbie, The Holdovers, Killers of the Flower Moon, Maestro, Past Lives, Poor Things, dan The Zone of Interest.
Menurut Emma Thomas, yang juga merupakan isteri kepada pengarah filem tersebut, mengungkapkan bahawa setiap penggiat filem telah lama menantikan detik bersejarah ini untuk menerima penghargaan yang begitu berharga.
“Saya yakin setiap individu di kalangan kita yang terlibat dalam penghasilan filem bermimpi tentang saat-saat seperti ini. Namun begitu, saya mengakui bahawa impian ini telah menghantui pikiran saya sekian lama,” ujarnya.
Dalam pada itu, Thomas juga memberikan kata-kata penghargaan buat suaminya di pentas gemilang itu.
“Kerana filem ini menjadi sebuah karya filem, adakah hal ini disebabkan oleh Chris Nolan,” katanya lagi.
Kemenangan tersebut sekaligus menutup tirai kejayaan Oppenheimer pada acara ini, setelah Cillian Murphy dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Nolan meraih anugerah Pengarah Terbaik, Robert Downey Jr. dan memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Sementara Sinematografi Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, dan Skor Muzik Asal Terbaik turut menjadi milik filem ini.

