Polis buru empat penjenayah samun kedai runcit guna parang

Dari Penulis

POLIS kini memburu empat penjenayah yang terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di kawasan Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Ahad lalu.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/4471

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang pegawai perubatan berusia 26 tahun pada pukul 4.32 petang.

Beliau berkata, pengadu dan keluarga telah didatangi empat lelaki India yang tidak dikenali dengan menaiki Perodua Ativa merah.

“Kesemua suspek bersenjatakan parang telah memasuki kedai runcit milik nenek pengadu.

“Suspek kemudian telah masuk ke rumah pengadu menerusi pintu hadapan yang berada di tingkat atas kedai runcit.

“Suspek telah bertindak ke tingkat bawah setelah menyedari ibu pengadu bangun dan menjerit mengejutkan bapa pengadu yang sedang tidur di dalam bilik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pengadu mengalami kerugian wang tunai bernilai RM1,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen395/397 Kanun Keseksaan.

Ahmad Ridhwan berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan suspek dan orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This