Jumlah pekerja asing aktif di Malaysia cecah lebih 2.1 juta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JUMLAH pekerja asing aktif yang didaftarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia adalah seramai 2,123,049 orang sehingga 15 Februari lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, jumlah pekerja asing aktif itu terdiri daripada lima negara tertinggi iaitu Bangladesh, Indonesia, Nepal, Myanmar dan India.

Menurut beliau, warga asing yang masuk ke Malaysia tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah adalah merupakan satu kesalahan serta melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen 1956/63.

Beliau berkata, Imigresen menetapkan supaya semua pekerja asing yang bekerja di Malaysia untuk mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah selaras dengan Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Saifuddin Nasution menegaskan, pekerja asing yang tidak memenuhi syarat-syarat pas dan melakukan sebarang kesalahan imigresen bertentangan dengan peruntukan Akta Imigresen 1959/63 adalah dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja di sektor-sektor yang dibenarkan antaranya perkilangan, pembinaan, perladangan, perkhidmatan, pertanian serta perlombongan dan kuari di bawah kelulusan kuota yang ditetapkan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Imigresen sentiasa komited dalam memastikan keselamatan negara diutamakan dengan melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu secara berterusan serta tindakan pencegahan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan jumlah PATI di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong).

Hishammuddin bertanyakan anggaran jumlah warga asing sama ada datang tanpa izin atau pelarian atau yang tidak memiliki permit bekerja yang sedang berada di Malaysia dan apakah langkah kerajaan untuk menangani isu berkenaan.

Baca artikel lain: MTEN bincang mekanisme khusus kurangkan jumlah pekerja asing

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution memaklumkan, Imigresen telah mengambil beberapa langkah dan inisiatif bagi membendung kebanjiran PATI di negara ini.

Antara inisiatif yang dilakukan termasuk melaksanakan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang.

Pada masa sama, Imigresen juga membuat naziran ke premis-premis yang terdapat warganegara asing seperti premis majikan yang menggaji pekerja asing; institusi yang mengambil pelajar antarabangsa; kawasan pasar dan pasar borong serta kawasan kediaman rakyat tempatan.

“Imigresen juga melaksanakan omnipresence di samping memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu-pintu masuk ke negara.

“Selain itu, pelawat-pelawat asing ke negara ini juga diwajibkan mempunyai tiket pulang ke negara asal mereka,” katanya.

Operasi berterusan menyaksikan seramai 22,671 PATI ditahan pada 2020, manakala 12,462 PATI (2021), 22,804 PATI (2022) dan 27,739 PATI pada 2023.

Bagi tahun ini setakat 15 Februari lalu, Imigresen menahan seramai 6,306 PATI.

“Tindakan penguatkuasaan Imigresen bukan sahaja tertumpu kepada PATI dan pekerja asing, tetapi turut memberi fokus kepada majikan bagi memberikan mesej bahawa majikan tidak boleh menggajikan pekerja asing tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This