Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal, pulang 4 petang

Dari Penulis

MAJLIS Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang hari ini memutuskan penjawat awam di negeri itu kekal bekerja seperti biasa sepanjang bulan Ramadan iaitu pulang pada 4 petang setiap hari.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata keputusan itu diambil kerana sepanjang bulan Ramadan, penjawat awam di Pulau Pinang bekerja mengikut waktu fleksibel.

“Berhubung dengan isu sama ada Pulau Pinang akan mengikut Negeri Pahang khususnya di mana penjawat awam boleh balik kerja awal pada hari Jumaat, MMK dah putuskan kekal dengan apa yang ada sekarang ini,” katanya.

Baca artikel lain: Pesawat terhempas di Kapar: Kontena pesawat pecah teruk

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Kapitan Keling malam ini yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Sebelum ini, Pahang mengumumkan waktu bekerja penjawat awam di negeri itu pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini ditetapkan hingga 12.30 tengah hari.

  • BERNAMA
  • Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
  • Ikuti langkah ini:
  • Langkah 1: Layari utusantv.com
  • Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
  • Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
  • Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
  • Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This