BAHAGIAN Hal Ehwal Undang-Undang telah merangka draf kerja bagi Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023 selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu, ianya permulaan bagi inisiatif penggubalan Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023 pada kadar segera.
Katanya lagi, perkara tersebut dimaklumkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu Berkaitan dengan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian Bil 2/2024 yang dipengerusikan oleh beliau bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Bangunan Parlimen, hari ini.
Baca artikel lain: Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal, pulang 4 petang
“Pada mesyuarat tersebut, saya telah menekankan betapa pentingnya kewujudan satu perundangan prosedur khusus yang dapat menangani cabaran-cabaran yang sedang dialami dan bakal timbul seiring dengan perkembangan teknologi.
“Teknologi kecerdasan buatan yang semakin maju akan terus berkembang maka kita sewajarnya membuat persiapan dari sekarang agar kita dapat berada selangkah di hadapan dalam perkara ini,” katanya menerusi hantaran di laman X.
Sebelum ini, Anwar berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara sepakat agar Rang Undang-Undang Keselamatan Siber digubal untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

