3 geng ‘Awek Melaka’ buat aksi Superman di lebuhraya ditahan polis

Dari Penulis

SERAMAI tiga remaja perempuan ditahan selepas aksinya menunggang motosikal gaya Superman di sekitar Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Ahad tular di laman sosial.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/4484

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya telah mengesan video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi X memaparkan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi meniarap sambil meluruskan kedua-dua belah kaki ke belakang.

Bertindak atas maklumat, tiga perempuan Melayu yang merupakan penunggang motosikal ditahan semalam selepas dipercayai terlibat dalam melakukan aksi merbahaya itu.

“Kesemua tangkapan berusia 16, 17 dan 18 tahun bersama motosikal jenis Yamaha Y15ZR telah dibawa ke Balai Polis Trafik Rembau bagi tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati kesemua yang ditangkap berasal dari kumpulan motosikal yang sama iaitu kelab “Awek Melaka” di mana kesemua ahli terlibat menetap di sekitar Melaka,” katanya dalam satu kenyataan har ini.

Jelasnya, sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang secara konvoi dari sebuah kedai makan yang terletak di Serdang, Selangor.

Katanya, mereka menjadikan lebuhraya PLUS sebagai tempat untuk melakukan aksi merbahaya kerana terpengaruh antara satu sama lain.

“Sebanyak tujuh keping saman PDRM (K) 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Mohd Azman berkata, pihaknya akan sentiasa menjalankan operasi mencegah samseng jalanan secara berterusan bagi membanteras kegiatan menunggang motosikal yang membahayakan keselamatan orang ramai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This