SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas di hadapan Tenaga Nasional Berhad Sungai Senduk Rawang, Tangkak, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 2.46 pagi.
Sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak serta Muar telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Komander Operasi tiba dan mendapati sebuah kereta Nissan Sentra telah terbabas sendiri di tepi jalan dan terdapat seorang lelaki berusia 25 tahun terlibat dalam kemalangan,” kata kenyataan itu hari ini.
Pasukan bomba telah bertindak menjalankan operasi mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

