Polis kesan pemandu Vios merah pandu melulu sebabkan kemalangan

Dari Penulis

POLIS kini menyiasat kejadian sebuah kereta memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan di Batu 2, Jalan Kapar pada pukul 4 petang kelmarin.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/4506

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya mengesan sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook memaparkan kejadian pada hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati seorang lelaki dengan bangsa tidak pasti telah memandu kereta Toyota Vios merah secara merbahaya.

“Pemandu Vios juga telah melanggar lampu isyarat sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah motosikal yang datang dari arah kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 187.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This