Ayuh imarahkan program “Ihya’ dan erat Ramadan bersama #GengSubuhMacamJumaat”

Dari Penulis

Saban tahun setiap kali tiba bulan Ramadan, masjid dan surau di seluruh negara pastinya akan menawarkan pelbagai program menarik bagi menghidupkan semangat Ramadan dan meningkatkan ruhiyah umat Islam.

Antara program yang lazimnya disediakan pihak masjid dan surau ialah solat sunat tarawih berjamaah, bertadarus al-Quran, menyediakan hidangan berbuka puasa, tazkirah Ramadan dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Tidak terkecuali pada Ramadan kali ini selain dari aktiviti yang disebut di atas, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut menganjurkan program yang lain dari yang lain iaitu “Ihya’ dan Eratkan Ramadan bersama #GengSubuhMacamJumaat.

Program yang berlangsung pada 24 Mac 2024 (Ahad) bermula pada jam 4.15 pagi ini akan dimulai dengan qiamulail. Kemudian disusuli jamuan sahur dan solat subuh berjamaah bersama #GengSubuhMacamJumaat

Selain dari 3 program utama yang dinyatakan di atas, terdapat pelbagai lagi program yang diatur oleh pihak penganjur bagi memeriahkan dan mengimarahkan lagi majlis tersebut. Antaranya anda berpeluang memenangi pakej tajaan umrah, cabutan istimewa daripada Bank Islam, dan pelbagai lagi pengisian menarik menanti jamaah. Tentatif program boleh dirujuk pada poster yang dikongsikan.

Sebagaimana yang disebutkan oleh Baginda s.a.w. antara keistimewaan orang yang berqiamulail pada bulan Ramadan maka segala dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan Allah. Sabda Baginda s.a.w.

“Sesiapa yang melakukan qiam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu” (HR Bukhari)

Begitu juga dengan solat subuh berjamaah di masjid, mereka akan beroleh ganjaran dari Allah berupa cahaya sempurna di akhirat. Sabda Baginda s.a.w.

“Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid pada waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak” (HR Abu Daud & Tirmizi)

Jadi apa lagi, ayuh kita sama-sama hadir bagi mengimarahkan program ini dan semoga kita beroleh rahmat serta keberkatan dari Allah dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan ini. Mana tahu asbab dari kehadiran kita bersama-sama dalam program ini segala dosa-dosa kita yang lalu diampunkan Allah dan kita beroleh cahaya yang sempurna di akhirat nanti. Wallahu a’lam  

____________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This