Bayi maut dikelar ibu di Pasir Gudang

Dari Penulis

SEORANG bayi lelaki berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibunya di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang semalam.

Ketua Polis Johor CP M.Kumar berkata kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari dan siasatan awal mendapati wanita berusia 32 tahun itu turut menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi Whatsapp.

“‘Sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca artikel lain: Pemandu bas ekspres rentung dalam kemalangan babit treler

“Orang ramai diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes,” katanya dan menambah permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilakukan hari ini.

Sementara itu dalam kes berlainan, beliau berkata pihaknya menahan lima lelaki berusia 35 hingga 48 tahun bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang lelaki berusia 61 tahun.

Kesemua mereka katanya mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

Beliau berkata mayat mangsa ditemukan pada 10.50 pagi di Taman Rinting, Masai dengan beberapa kesan luka tetakan pada tubuh.

Mayat dibawa ke HSI untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiga lelaki warga asing ditahan kes curi dan dadah

TIGA lelaki warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Strike Team Balai Polis Tawau selepas dipercayai terbabit...

More Articles Like This