Terus mekar dengan rekaan koleksi perincian yang mewah dan mempersona, pengeluar koleksi pakaian wanita dan keluarga dengan pelbagai fesyen terkini, MINAZ sekali lagi memberikan sentuhan ajaib dalam memperkenalkan koleksi ‘Lebaran Kita – Sempurna’.
Mengengahkan koleksi Aidilfitri di pertunjukan fesyen di Festival Ramadan Putrajaya 2024, jenama ini turut menampilkan koleksi terbaharu, ‘ABAYA SERIES’ dengan perincian mewah yang diinspirasikan dari budaya timur tengah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hafiza Abdul Hamid, koleksi tahun ini terbahagi kepada dua iaitu Arab dan Klasik dengan gabungan unsur-unsur tradisional dan moden untuk mencipta gaya yang unik tetapi tetap bersahaja.
“Tema Lebaran Kita kali ini mempersembahkan gabungan unik antara seni floral batik dan blossom dalam edisi ‘printed’ yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden yang segar.
“MINAZ juga memberikan penekanan kepada potongan yang longgar dan corak yang melambangkan keanggunan serta kemewahan, sesuai dengan identiti jenama MINAZ yang dikenali dengan rekaan yang elegan.
“Dengan penggunaan material berkualiti tinggi dan rekaan yang teliti, kami sangat berbesar hati memperkenalkan koleksi terbaru kami, ‘Abaya Series’ yang dihasilkan dengan perician mewah, penuh dedikasi dan cinta kepada fesyen inspirasi dari timur Tengah.

“Saya percaya semakin ramai rakyat Malaysia yang sukakan pakaian modest, cuma perbezaan pada tahun ini Minaz pelbagaikan warna dan tiada warna hitam dalam koleksi baharu. Orang Malaysia terkenal dengan warna warni raya dan kami bawakan bersama signature Minaz,” katanya mengeluarkan 35 koleksi pada 2024.
Terus relevan setelah hampir 14 tahun membina jenama dalam industri fesyen tanah air, jelas Hafiza, pihaknya sentiasa komited dan faham akan kehendak pasaran.
“Saya melihat corak pembeli Minaz di mana mereka gemarkan signature printed dan inilah koleksi yang akan sold out sekali keluaran. Malah dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, Minaz memilih untuk memberi fokus kepada koleksi malar segar di mana ia bukan sahaja untuk Aidilfitri, namun sesuai untuk semua majlis. Malah rekaan kami juga terkenal dengan wuduk friendly dan breast feeding friendly,” tambahnya.

Hafiza turut menyatakan keterujaan atas kerjasama dengan penganjur iaitu Perbadanan Putrajaya serta Ingenious Creative Lab Sdn Bhd. Dalam pada itu, Minaz juga menampilkan ‘MINAZ Friends iaitu kumpulan pempengaruh media sosial bagi memperagakan koleksi Raya MINAZ ‘Lebaran Kita’.
“Saya bersyukur dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan Perbadanan Putrajaya pada malam ini kepada Minaz.
“Warga Putrajaya begitu dekat di hati MINAZ. Apabila diberi peluang sebegini untuk berkerjasama dengan Perbadanan Putrajaya dan Ingenious Creative Lab, kami lihat ia sebagai satu peluang keemasan buat kami untuk menyantuni pelanggan dan peminat jenama ini di kawasan Putrajaya dan berdekatan,” katanya.

