Caprice belum pilih nama anak, minta peminat beri cadangan

Dari Penulis

PENYANYI rap, Caprice memaklumkan sehingga kini masih belum membuat pilihan nama untuk anak sulungnya yang dilahirkan semalam (Ahad).

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli,36, turut meminta cadangan nama daripada peninat menerusi perkongsian video di Instagram Story miliknya.

Video tersebut dimuat naik bagi menjawab soalan yang ditanyakan daripada pengikutnya mengenai pemilihan nama anak pertamanya itu.

“Nama tidak dapat lagi, cuba korang cadang beberapa nama. Saya akan berbincang dengan Elis (isteri).

“Kami ada beberapa nama yang dah disenaraikan, tapi itu nama pertama sahaja. 

“Tapi InshaAllah, esok saya akan beri nama,” ujarnya 

Pada masa sama, Caprice  turut berkongsi pengalaman hari pertama bergelar bapa apabila dia hanya sempat tidur tiga jam sahaja.

“Hari pertama Cap tidur tiga jam je. Dan malam pertama bersama baby, mungkin dalam tiga jam maksimum juga Cap tidur,” luahnya.

Semalam, Caprice berkongsi berita gembira apabila isterinya, Farra Inalis selamat melahirkan anak sulung mereka.

Pun begitu, sehingga kini, Caprice masih belum berkongsi jantina, nama serta wajah cahaya matanya itu.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November 2021.

Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea ,hasil perkahwinan terdahulu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This