Jangan biarkan ibu meroyan bersendirian di rumah – Nancy Shukri

Dari Penulis

PASANGAN atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata jika seorang ibu telah menunjukkan gejala murung, perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mengundang bahaya kepada orang sekelililing.

“Hanya ahli keluarga terdekat sahaja tahu perubahan sikap, pertuturan, tingkah laku dan cara ibu itu membawa diri, ini adalah indikator bagi mengenal pasti ibu itu meroyan.

“Jangan membiarkan mereka sendirian bersama bayi yang masih kecil. Dalam keadaan sebegitu mereka tidak sedar walaupun ada ubat atau rawatan dan tahap keseriusan tekanan yang dihadapi boleh mengundang perkara yang tidak diingini,” katanya.

Baca artikel lain: Peminjam perlu rebut peluang diskaun bayaran balik PTPTN

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak Taska dan Kempen Keselamatan Kanak-kanak Dalam Kenderaan hari ini.

Nancy berkata sesibuk mana pun seorang suami, mereka perlu mengambil tahu keadaan isteri terutama ketika selepas bersalin kerana hormon dalam badan wanita akan berubah yang boleh memberikan kesan kepada emosi.

Semalam negara dikejutkan dengan kejadian seorang ibu berusia 32 tahun di Masai, Johor bertindak mengelar bayi lelakinya berusia 18 bulan hingga maut dan kini dalam pemerhatian doktor.

Ibu terbabit turut direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This