Celine Dion dah mula rindu nak beraksi di atas pentas

Dari Penulis

PENYANYI pop terkenal, Celine Dion berhasrat ingin kembali beraksi di pentas serta menjalani kehidupan seperti manusia biasa selepas disahkan menghidap penyakit saraf, dua tahun lalu.

Dion atau nama sebenarnya Céline Marie Claudette Dion, 55, telah didiagnosis dengan Stiff Person Syndrome (SPS) yang merupakan gangguan saraf sehingga menyebabkan otot pada berbagai bahagian tubuh, termasuk kaki dan lengan akan mengalami kekejangan yang menyakitkan.

Dalam hantaran terbarunya di laman Instagram, Dion dengan tulus menyatakan bahawa mengatasi penyakit ini merupakan salah satu cabaran tersulit dalam perjalanan hidupnya. 

Walaupun begitu, Dion tetap menguatkan azamnya dan berharap agar dapat kembali ke pentas serta menjalani kehidupan sebagaimana manusia biasa.

“Usaha saya untuk menangani gangguan ini adalah salah satu pengalaman paling sukar dalam hidup saya.

“Tetapi saya tetap bertekad untuk suatu hari dapat kembali beraksi di atas pentas dan menjalani kehidupan sebiasa mungkin,” katanya.

Tambahan itu, Dion memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih buat keluarga, pasukannya serta peminat atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan.

“Saya sangat bersyukur atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan oleh anak-anak, keluarga, pasukan, dan semua dari anda,” ujarnya.

Selain itu, sempena pengiktirafan Hari Kesedaran SPS Antarabangsa, Dion turut menghantar sokongan dan dorongannya kepada penghidap penyakit SPS dengan memberikan motivasi bahawa walaupun dihadapi dengan cabaran yang sukar, mereka mampu melaluinya dengan kekuatan dan ketabahan.

“Saya ingin menyampaikan dorongan dan sokongan saya kepada semua yang menghidapi SPS di seluruh dunia. Saya ingin anda tahu bahawa anda mampu melaluinya, kita semua mampu melaluinya,” ujarnya lagi.

Dion, pada bulan Mei lalu terpaksa membatalkan beberapa rancangan yang dijadualkan pada 2023 dan 2024 kerana tidak mampu untuk meneruskan konsert jelajah.

Bagaimanapun, bintang pop ini telah membuat kejutan selepas tampil menghadiri  Anugerah Grammy pada Februari lalu untuk menyampaikan anugerah Album Terbaik buat Taylor Swift.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This