Kakak Abdul Hadi meninggal dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KAKAK kandung kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilapor telah meninggal dunia, malam tadi.

Berita pemergian kakak Abdul Hadi iaitu Ramlah Awang itu dimaklumkan Dewan Pemuda Pas dalam hantaran di Facebook.

Menurut hantaran tersebut, Allahyarham merupakan satu-satunya saudara kandung Abdul Hadi yang masih ada.

Dewan Pemuda Pas turut mengucapkan takziah kepada Abdul Hadi serta seluruh ahli keluarga atas kehilangan tersebut.

“Pemergiannya menandakan seluruh adik-beradik kandung beliau telah pun pergi menghadap Ilahi.

“Semoga Allah mencucuri rakyat ke atas rohnya, mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkannnya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Menurut maklumat yang dikongsikan, urusan pengebumian jenazah Allahyarham dijangka akan dilaksanakan pada jam 10.00 pagi Ahad di Kampung Rusila.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This