Lokasi yang cukup strategik untuk berbuka puasa, Hotel Tamu di Kampung Baru Kuala Lumpur menyajikan hidangan yang cukup menyelerakan sempena bulan Ramadan.
Dengan pemandangan indah kotaraya Kuala Lumpur di Suasana@27, pastinya pengalaman berbuka dengan lebih 172 hidangan juadah menjadi lebih bermakna.
Air tangan Chef Eksekutif, Azizul Bin Mohd Noor menyajikan Masakan Warisan Tradisi Melayu seperti ‘Nasi Kambing Tagine Dulang Besar’, Sup Gear Box, Gulai Daging Batang Pisang dan Kari Kepala Ikan juga dikekalkan selain menu hidangan masakan Antarabangsa.
Setiap 16 gerai menyediakan kepelbagaian menu seperti Laksa Penang Rojak Pasembur, Goreng-Gorengan, Satay Ayam dan Satay Daging, Murtabak dan Roti Jonn, Wesfern Corner yang menyediakan Pasta, Mushroom Soup, Beef or Chicken Mongolian, Chicken Shawarma dan Roasted Whole Lamb, \kan Bakar Kampung Baru, Mee Goreng Mamak dan gerai yang paling ‘Viral’ pada tahun lepas merupakan gerai ‘Donut Panas Tamu’, Cakoi dan Roti Kukus.
Terletak secara strategik dalam jarak berjalan kaki yang singkat ke Majid Jamek Kampong Bharu, hotel ini merupakan tempat penginapan yang tepat dan selesa untuk menunaikan ibadah Tarawih, Tadarus dan Qiamullail.

Bufet Ramadan bermula dari 12 Mac hingga 9 April 2024 ini bermula dengan harga RM169+ untuk dewasa, RM98+ untuk Warga Emas yang berumur atas 60 tahun dan RM85+ untuk Kanak – Kanak yang berumur 6 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah. Sila hubungi Restoran Suasana@27 menerusi talian hotel +603 2603 1999 atau WhatsApp ke +6019 303 9360 untuk tempahan.

