Mayat lelaki terjun Jambatan Bukit Kuang ditemui petang tadi

Dari Penulis

MAYAT seorang lelaki yang hilang selepas terjun dari Jambatan Bukit Kuang, Kemaman, berjaya ditemui pada 2.25 petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, mayat mangsa berusia 44 tahun itu ditemui pada jarak 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan terjun.

Komander Operasi Zailan Abdullah berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah dibahagikan kepada tiga sektor dimana setiap sektor melakukan pencarian dalam radius 500 meter menghala ke Kuala Sungai.

“Operasi pada hari kedua ini turut dibantu oleh pasukan Unit Pengesan K9,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 7.29 malam semalam.

Sepasukan 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai serta anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam dan orang awam telah terlibat dalam operasi ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This