“Biar Sanusi bangunkan Kedah, saya tidak mahu ganggu dia” – Saifuddin ulas isu lebih setahun tiada mesyuarat pembangunan

Dari Penulis

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyindir Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan menyatakan akan memberikan Menteri Besar Kedah ‘seluas-luas ruang’ membangunkan Greater Kedah walaupun mereka tidak pernah mengadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah.

Saifuddin berkata, walaupun tanpa mesyuarat itu yang dipengerusikan bersamanya, beliau percaya fokus Muhammad Sanusi adalah untuk membangunkan Greater Kedah dan beliau tidak mahu ‘menggangu’ Menteri Besar itu dalam menjalankan projek-projek besarnya di negeri utara tersebut .

“Saya nak bagi masa seluas-luasnya kepada Sanusi untuk bangunkan Greater Kedah. Dia nak tambak tanah di Langkawi. Saya nak bagi ruang dahulu dan kalau tidak ada satu pun mesyuarat atas nama majlis tindakan, saya percaya fokus Sanusi pada Greater Kedah. Saya tidak mahu ganggu dia.

“Biar dia bangunkan ‘airport’ (Lapangan Terbang) Kulim. Lengkapkan dulu tambun tanah projek ‘reclaim’ dekat Sungai Petani berjumlah RM40 bilion. Bagi saya jaga projek kecil. Biar dia jaga projek bilion-bilion,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini, lapor BH Online.

Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata sikap Muhammad Sanusi tidak menjaga rahsia menjadi antara faktor menyebabkan mesyuarat Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah tidak diadakan lebih setahun.

Beliau yang juga pengerusi bersama jawatankuasa itu, berkata Menteri Besar Kedah terbabit tidak sepatutnya merungut mengenai perkara berkenaan selepas beliau didapati sering menggunakan maklumat dalam mesyuarat yang dihadiri sebagai modal berceramah di pentas politik.

Muhammad Sanusi pula dilaporkan berkata kebimbangan Saifuddin mengenai kebocoran rahsia kerajaan hanyalah alasan ‘mengada-ngada’ dan tidak masuk akal.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, selain Greater Kedah, Muhammad Sanusi turut hanya memberi tumpuan kepada litar lumba di Sungai Petani.

“Kemudian dia nak buat jambatan darat. Saya nak dia tumpukan kepada Greater Kedah. Saya biar jaga isu kecil-kecil di Kedah. Dengan cara ini, saya menghormati tugas Sanusi sebagai Menteri Besar untuk membangunkan Greater Kedah.

“Saya biar selesai loji rawatan air sebab di Kedah saya dapat maklum balas air terputus. Loji rawatan air ada lima, di bawah kerajaan Persekutuan, masalah tanah dah diselesaikan.

“Jadi ada projek baharu dan ada projek sambungan. Projek membabitkan RM1.8 bilion. Saya tengok dengan kekerapan saya turun, boleh menjamin kelangsungan projek itu dengan lebih kemas,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung RM3.5 bilion kekalkan harga petrol, diesel minggu ini

HARGA runcit petrol dan diesel bagi minggu ini kekal tanpa sebarang perubahan meskipun kerajaan masih menanggung subsidi bahan api...

More Articles Like This