Lelaki cuba samun maut dilanggar

Dari Penulis

Seorang lelaki maut ketika cuba menyamun sebuah kereta di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah dekat Alor Setar pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata dalam kejadian 6.39 pagi itu, tiga lelaki yang menaiki dua motosikal dipercayai cuba melakukan samun terhadap sebuah kereta apabila seorang daripada mereka memukul cermin kereta di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah.

“Akibat ketakutan, pemandu kereta telah memecut keretanya.

“Semasa cuba melepaskan diri, pengadu telah melanggar salah sebuah motosikal dinaiki seorang suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek samun berusia 29 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya berjaya melarikan diri dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

Ahmad Shukri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 akta sama. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiga lelaki warga asing ditahan kes curi dan dadah

TIGA lelaki warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Strike Team Balai Polis Tawau selepas dipercayai terbabit...

More Articles Like This