PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pengaruh wakil industri tembakau dan vape yang didakwa melobi mengecualikan peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata ia susulan pendedahan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni pada Khamis lepas bahawa peruntukan tersebut gagal ekoran pengaruh lobi oleh wakil industri berkenaan.
Beliau berkata tindakan pemain industri tembakau dan vape itu bukan hanya melanggar Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Kawalan Tembakau (FCTC), malah mencemarkan kemuliaan Parlimen sebagai tempat undang-undang digubal demi kepentingan negara.
Baca artikel lain: Individu tidak kemas kini PADU mungkin tercicir terima bantuan, subsidi
“Selanjutnya kami menggesa Parlimen untuk meminda Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 bagi mengembalikan semula komponen GEG tanpa sebarang penangguhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khamis lepas Lukanisman memberitahu Dewan Rakyat yang pelobi bertemu secara langsung dengan Ahli Parlimen sebelum perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 mengenai langkah GEG yang bertujuan mewujudkan generasi masa depan yang bebas rokok.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

